Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terbangkan bayi lelaki perlu rawatan segera di Hospital Tuanku Azizah

TUDM terbangkan bayi lelaki perlu rawatan segera di Hospital Tuanku Azizah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang bayi lelaki dari Bintulu, Sarawak ke Pangkalan Udara Subang untuk menjalani rawatan segara di Hospital Tunku Azizah, (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur), kemarin.

TUDM dalam hantaran media sosial rasminya berkata, bayi lelaki, Arthur Lee Chang Hao mengalami masalah ‘Epilapsy with underlying focal cortial dysplasia’ iaitu penyakit sawan yang teruk sebelum ini menerima rawatan di Hopsital Bintulu, Sarawak.

“Bayi tersebut memerlukan kemudahan yang lengkap yang ada di wad kanak-kanak Hospital Tunku Azizah,” katanya.

Menurutnya, penerbangan ihsan ini menggunakan pesawat A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

“Pesawat telah diterbangkan oleh Mejar Khairul Ikhmal Ishak TUDM dan dibantu oleh juruterbang, Kapten Muhd Izwan Noor Azman TUDM bersama 2 orang ‘Loadmaster’,”jelas TUDM

Turut mengiringi ibu bayi berkenaan berserta seorang pegawai perubatan, Dr. Sakthyesvary Sekaran dan seorang jururawat.

Pesawat telah mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.33 malam dan pesakit terus dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan untuk rawatan selanjutnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply