Home Semasa COVID-19 : Malaysia catat jumlah kes ICU tertinggi

COVID-19 : Malaysia catat jumlah kes ICU tertinggi

by Nor Azlan Mohd Nor

PUTRAJAYA, 26 Jan – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan, seramai 280 pesakit COVID-19 kini sedang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.

Dari jumlah tersebut, seramai 111 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, bilangan kes harian COVID-19 adalah 3,585 kes.

“Selangor mencatatkan sebanyak 1,295 kes, Kuala lumpur adalah sebanyak 610 kes,

“Jumlah kes aktif pula meningkat kepada 40,574,” katanya.

Selain itu, seramai 4,076 pesakit disahkan sembuh. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih dari wabak itu seramai 149,160.

Semenjak setahun lalu, jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 190,434 kes dengan 700 kematian direkodkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply