Home SemasaGlobal Dron UAV Grey Eagle milik tentera AS lakukan pendaratan cemas

Dron UAV Grey Eagle milik tentera AS lakukan pendaratan cemas

by Nor Azlan Mohd Nor

ADAGEZ – Dron Tentera Darat Amerika Syarikat MQ-1C Grey Eagle UAV melakukan pendaratan cemas berhampiran Adagez, Niger, akibat masalah teknikal.

Markas pemerintahan Afrika-AS (AFRICOM) mengatakan, kerosakan teknikal menyebabkan dron tersebut terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

Ketika melakukan pendaratan kecemasan, dron itu mempunyai peluru berpandu AGM-114 Hellfire di bahagian sayap kiri pesawat tersebut.

Menurut AFRICOM, dron itu melakukan misi rondaan rutin untuk membantu operasi yang dijalankan di wilayah itu.

MQ-1C Grey Eagle adalah dalam kategori RPA (pesawat jarak jauh) yang dikeluarkan oleh syarikat General Atomics Aeronautical Systems. Grey Eagle adalah pesawat tanpa juruterbang yang boleh beroperasi di aras ketinggian sederhana, dan juga merupakan program penambahbaikan daripada dron MQ-1 Predator sebelum ini.

Dron Grey Eagle memulakan misi pertamanya di Iraq pada tahun 2010. Manakala di Niger, dron ini mula diaturgerakan pada tahun 2019 dan ditempatkan di Pangkalan Udara Nigerien 201, di bahagian tenggara Adagez. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply