Home Semasa 2.8 juta rakyat akan kehilangan pekerjaan jika total lockdown dilaksanakan – Ismail Sabri

2.8 juta rakyat akan kehilangan pekerjaan jika total lockdown dilaksanakan – Ismail Sabri

by Nor Azlan Mohd Nor

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri, hari ini menegaskan kerajaan mengambil kira nasib rakyat sebelum membuat sesuatu keputusan.

Menurut beliau, cadangan penutupan penuh seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu akan menyebabkan kesan negatif kepada ekonomi.

“Seramai 2.8 juta penduduk akan hilang pekerjaan,

“Selain itu 2.5 juta akan terjejas pendapatan dan sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup,” jelas beliau semasa sidang media PKP, hari ini.

Ismail Sabri menambah, penutupan penuh juga akan memberi kesan buruk kepada golongan B40.

“Golongan ini akan mengalami pengurangan gaji,

“Purata kehilangan gaji adalah RM 4,100 untuk satu keluarga,” ujarnya.

Ismail Sabri menegaskan PKP tahun lalu telah menyebabkan 13,454 syarikat telah ditutup.

“Penutupan ini menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan,

“Angka ini adalah berdasarkan laporan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk tempoh Mac – Oktober 2020,” jelas Ismail Sabri.

Beliau turut menegaskan,Ismai kerajaan berbincang dengan pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan.

Ismail Sabri turut menyatakan bahawa, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham telah memberi bayangan bahawa PKPB akan dilaksanakan Febuari ini.

Tambahnya, kenyataan ini adalah berbeza dengan mesej yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Dakwaan tersebut telah menyebabkan rasa gusar di kalangan rakyat dan menyebabkan pembelian panik,

Sehubungan dengan itu, rakyat perlu mengetahui bahawa kerajaan akan mengumumkan keputusan rasmi dari masa ke semasa,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply