Home SemasaGlobal China tempatkan peluru berpandu balistik di Laut China Selatan

China tempatkan peluru berpandu balistik di Laut China Selatan

by Nor Azlan Mohd Nor

BEIJING – Tentera China telah menempatkan sebilangan besar pelancar untuk peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) yang baru ke wilayah timur dan barat negara itu.

Ini adalah kerana pertikaian terhadap perairan tuntutan bertindih antara Beijing dan Washington.

Paparan imej satelit daripada Maxar Technologies menunjukkan tentera China telah menggerakkan perlancar jenis DF-26 IRMB ke kawasan latihan di timur Shandong, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Federation of American Scientist (FAS) pada Khamis yang lalu, ini merupakan pertama kali DF-26 beroperasi dikawasan itu.

DF-26 merupakan peluru berpandu balistik mudah alih yang dilengkapi dengan kepala peledak konvensional atau nuklear. Peluru berpandu balistik ini mampu untuk menyerang sasaran sejauh 5,000km.

Menurut pakar penyelidik ketenteraan China, Zhou Chenming berkata, peluru balistik DF-26 berada di Korla untuk digunakan dalam latihan.

Menurut Zhou, ini bukan kali pertama DF-26 ditempatkan dikawasan tersebut. Namun, ini merupakan kali pertama ianya dirakam oleh imej satelit.

DF-26 tidak akan ditempatkan dikawasan persisir pantai atau pulau kerana kedudukan itu terlalu terdedah dan berisiko tinggi menerima serangan balas daripada AS. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply