Home Semasa COVID-19: Kelantan jalani PKPB mulai Ahad ini

COVID-19: Kelantan jalani PKPB mulai Ahad ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Johor, Melaka dan Terengganu ditamatkan mulai 21 November.

Namun begitu, beberapa daerah di negeri-negeri terbabit dikecualikan dari penamatan PKPB berikutan kadar kes jangkitan yang begitu tinggi.

Antara daerah dikecualikan ialah Kulim (Kedah) dan Kota Tinggi serta Mersing (Johor).

Sementara itu, giliran Kelantan dikenakan PKPB mulai 22 November ini berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di seluruh negeri itu.

Menurut Menteri, keputusan dibuat oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan nasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“PKPB akan ditamatkan sekiranya berlakunya penurunan kes,” jelas Ismail Sabri semasa Sidang Media PKPP/PKBB, hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply