Home Semasa Sungai tercemar lagi, gangguan bekalan air di KL dan Selangor

Sungai tercemar lagi, gangguan bekalan air di KL dan Selangor

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 Nov – 7 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air mulai pukul 6 petang hari ini.

Air Selangor dalam satu kenyataan media berkata, gangguan berlaku akibat pencemaran bekalan air mentah di Sungai Selangor.

“Pencemaran bau seakan pelarut dikesan di Sungai Selangor dan 4 Loji Rawatan Air (LRA) telah dihenti tugas semenjak 12.45 tengah hari,

“Sehingga pukul 2.30 petang, pencemaran di muka sauk LRA adalah pada 8 ton dan 4 ton,” kata kenyataan itu.

Henti tugas melibatkan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 , Fasa 3 dan Rantau Panjang.

“Gangguan bekalan air ini melibatkan 1,139,008 akau pengguna di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat,

“Bekalan air ditutup pada pukul 6 petang,” jelasnya.

Selain itu, Air Selangor turut menyatakan usaha mencairkan bahan pelarut dan flsuhing abahn pencemaran di sungai sedang dijalankan.

“Sebanyak 300 juta liter di Empangan Sungai Selangor dan 500 juta liter Empangan Sungai Tinggi dilepaskan,

“Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter dengan tujuan yang sama,” tambah Air Selangor. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply