Home Politik Azmin Ali dilantik Pengarah Pilihan Raya PN

Azmin Ali dilantik Pengarah Pilihan Raya PN

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini sebulat suara melantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi mengetuai persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata, keputusan ini dibuat oleh Majlis  Tertinggi PN yang bermesyuarat pada 9 November lalu untuk memperkasakan gerak kerja secara menyeluruh.

“PN juga bersetuju untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri bagi menyelaras segala aktiviti parti di peringkat negeri,

“Dalam hal ini, Pengerusi PN akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain daripada itu, PN juga turut melantik  Ir. Khairil Nizam Khirudin iaitu bekas Naib Ketua Pemuda Pas sebagai Ketua Pemuda PN untuk merancakkan lagi aktiviti serta merapatkan silaturahim antara ahli-ahli parti.

“Majlis tertinggi percaya keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja di semua peringkat serta menambahbaikan koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen PN. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply