Home Pertahanan dan Keselamatan 8,177 PATI, 783 tekong, penyeludup ditahan sejak Mei 2020

8,177 PATI, 783 tekong, penyeludup ditahan sejak Mei 2020

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Seramai 8,177 pendatang asing tanpa izin (PATI), 783 tekong dan 340 orang penyeludup telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan diseluruh negara sejak 1 Mei sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak berkuasa juga telah merampas 218 bot atau kapal, 886 kenderaan kenderaan dalam operasi tersebut.

“Semalam Op Benteng telah berjaya menahan 78 PATI dan seorang tekong dalam Op Benteng yang dilakukan diseluruh negara,

“Sebanyak 337 sekatan jalan raya (SJR) melalui ops sama turut dilaksanakan semalam membabitkan 175 SJR oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 153 melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 9 melalui Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM),” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, pasukan Task Force Pematuhan yang diketuai PDRM semalam turut menahan 341 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Daripada jumlah itu, seramai 307 individu telah dikompaun manakala 33 direman dan 1 dijamin,

“Antara kesalahan ingkar PKPP yang dilakukan termasuklah tidak memakai pelitup muka (116), premis gagal menyediakan peralatan/ merekod butiran diri (63), penjarakan sosial (57), membawa penumpang berlebihan (37), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (31), aktiviti pusat hiburan (25) dan lain kesalahan (12),” tambahnya.

Beliau turut menegaskan, Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply