Home Semasa Ronnie Liu antara 4 disiasat hasut, hina Agong

Ronnie Liu antara 4 disiasat hasut, hina Agong

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan ke atas 4 pemilik akaun Facebook dan Twitter kerana terdapat kecenderungan menghasut dan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, antara individu yang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayat Terkelas (USJT), Bukit Aman ialah pemilik akaun Facebook Ronnie Liu Tian Khiew.

Ronnie yang juga Ahli Jawatan Kuasa Pusat (CEC) DAP, dipercayai memuat naik kenyataan yang bertulis ‘Now In Bangkok. They are saying no to the king’.

Beliau berkata, kes kedua pula adalah kenyataan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di akaun Twitter dengan menggunakan nama Uncle Ireeve.

“PDRM telah memulakan siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Uncle Ireeve pada 25 Oktober lalu,

“Siasatan lanjut diteruskan untuk mengesan suspek dan merakam keterangan saksi-saksi yang kompeten serta mendapatkan keterangan dokumen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi kes ketiga, Huzir berkata, siasatan dijalankan ke atas pemilik Twitter Liew Lip Nan yang mempertikaikan video dimuat naik Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung dengan 7 wasiat Raja-Raja Melayu.

“Pada 26 Oktober 2020, sepasukan polis daripada USJT Bukit Aman telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki Cina berusia 52 tahun di kawasan Cheras, Kuala Lumpur,

“Pasukan serbuan turut merampas perkakasan yang disyaki digunakan untuk membuat naik kenyataan yang tular,” tambahnya.

Siasatan juga dijalankan ke atas pemilik Facebook Ho Ruey Terng yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Keempat-empat kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan,

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Huzir berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas suspek-suspek tersebut kerana membuat kenyataan menghina dan cubaan menghasut.
“Kesemua pemilik akaun Facebook dan Twitter yang dikenal pasti diminta tampil untuk menyerah diri di USJT, Bukit Aman sekiranya ingkar, pihak polis akan mengesan serta menangkap mereka yang terlibat,” ujarnya.

Huzir juga menggesa rakyat Malaysia agar sentiasa menghayati prinsip rukun negara iaitu ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ bagi mengelakkan perlakuan kecenderungan menghasut terhadap Raja atau kerajaan. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply