Home Semasa Mohon Agong arah Speakar Dewan Rakyat benar usul undi tidak percaya terhadap PM

Mohon Agong arah Speakar Dewan Rakyat benar usul undi tidak percaya terhadap PM

by Nor Azlan Mohd Nor

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ffs462enKew[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) memohon Yang di-Pertuan Agong dapat mengarahkan Speaker Dewan Rakyat untuk meluluskan permohonan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri oleh beberapa ahli Dewan rakyat pada sesi Parlimen November akan datang.

Kordinator GBMRM, Mustafa Mansor berkata, pada sesi sidang Parlimen yang lepas, rakyat diperlihatkan dengan satu perilaku yang tidak sepatutnya dipamerkan oleh Speaker Parlimen, apabila tidak membenarkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri diperbentangkan di Dewan Rakyat.

“Kita turut memaklumkan laporan mengenai Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang dikatakan tidak membenarkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Kami memohon Yang di-Pertuan Agong mengunakan kuasa dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan usul itu dibentangkan supaya ianya dapat melihat sama ada Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti atau sebaliknya,”katanya.

“Kami juga memohon agar Yang di-Pertuan Agong, menggunakan kuasa berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 40(2)(b), iaitu tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen berikutan beberapa pihak mendesak Parlimen perlu dibubarkan.

Terdahulu, Mustafa bersama beberapa ahli gabungan itu dilihat tiba dipintu Istana Negara pada jam 11 pagi, untuk menyerahkan memorandum kepada Pegawai Perhubungan Akhbar Istana negara, Mohd Husni Yusop. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply