Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM laksana penerbangan bantuan logistik Hospital Medan ATM Tawau

TUDM laksana penerbangan bantuan logistik Hospital Medan ATM Tawau

by Nor Azlan Mohd Nor

Subang – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan bantuan logistik dengan menggunakan pesawat C-130H dari No 20 Skuadron. Penerbangan ini membawa kelengkapan Hospital Medan ATM di Tawau yang terdiri daripada Trolley Transport Patient dan Oxygen Concentrator. Selain itu, TUDM turut menerbangkan alatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Blood Packet Cell dan Personal Protection Equipment (PPE) set ke Kota Kinabalu.

Penghantaran bantuan perubatan ini juga membawa 350 kit keselesaan yang disumbangkan oleh Malaysia Airport untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Kota Kinabalu dan Tawau. Kit keselesaan ini terdiri daripada beg tidur, tuala muka dan peralatan mandian.

Penerbangan pulang ke Pangkalan Udara Subang (PU Subang) turut membawa sebanyak 20 kotak sampel “swab test” dari Tawau dan Kota Kinabalu untuk diserahkan kepada KKM sebaik tiba di PU Subang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply