SUBANG, 19 Mac – Eksesais STALLION PACK Siri 1/22 telah meningkatkan kompetensi hantaran udara 10 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) PARA dalam memberikan bantuan logistik udara bagi aturgerak 10 Briged (PARA) dan 21 Grup Gerakhas (GGK) khasnya serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya.
Menurut 10 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) PARA, eksesais ini diadakan sempena Eksesais Tactical Operation (Eksesais TACOP) Siri 1/22 bermula 8 hingga 18 Mac 2022.
Seramai 4 pegawai dan 55 anggota Platun Hantaran Udara 10 Kompeni KPD (PARA) yang terlibat dalam Eksesais STALLION PACK ini.
Turut terlibat adalah Skuadron Perkhidmatan dari 21 Kumpulan Logistik Grup Gerakhas (GGK) bagi latihan gabungan iaitu Eksesais BRAVO 210 Siri 2/22.
“Eksesais yang dilaksanakan ini berkonsepkan bantuan logistik udara bagi meningkatkan tahap kompetensi dan currency krew hantaran udara yang berperanan dalam memberikan bantuan logistik udara bagi aturgerak 10 Bgd (Para) dan 21 GGK khasnya serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya,
“Latihan ini telah melibatkan krew hantaran udara dari Platun Alpha dan Bravo 10 Kompeni KPD (Para), Skn Perkhidmatan 21 Kumpulan Logistik GGK serta penglibatan dari Seksyen Hantaran Udara dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya.
Menurutnya, pelaksanaan eksesais ini dimulakan dengan kelas teori, penubuhan 𝘔𝘢𝘪𝘯 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘉𝘢𝘴𝘦 dan 𝘋𝘳𝘰𝘱 𝘡𝘰𝘯𝘦, latihan praktikal penyediaan muatan, pemeriksaan muatan, guguran udara serta Teknik, Taktik dan Prosedur (TTP) bagi 𝘋𝘳𝘰𝘱 𝘡𝘰𝘯𝘦 𝘙𝘦𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘛𝘦𝘢𝘮 (DZRT).
Secara keseluruhannya sebanyak 1 x 𝘏𝘦𝘢𝘷𝘺 𝘌𝘲𝘶𝘪𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵 (HE 8 ft), 2 x 𝘏𝘦𝘢𝘷𝘺 𝘌𝘲𝘶𝘪𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵 (HE 12 ft), 3 x 𝘊𝘰𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘙𝘶𝘣𝘣𝘦𝘳 𝘙𝘢𝘪𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘳𝘢𝘧𝘵 (CRRC), 21 x 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘢𝘪𝘯𝘦𝘳 𝘋𝘦𝘭𝘪𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 (CDS) dan 14 x 𝘓𝘰𝘸 𝘊𝘰𝘴𝘵 𝘓𝘰𝘸 𝘈𝘭𝘵𝘪𝘵𝘶𝘥𝘦 (LCLA) telah berjaya digugurkan dengan selamat.
Seterusnya Tim DZRT telah melaksanakan DZ 𝘊𝘭𝘦𝘢𝘳𝘢𝘯𝘤𝘦 serta melaksanakan 𝘜𝘯𝘥𝘦𝘳𝘴𝘭𝘶𝘯𝘨/𝘚𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘓𝘰𝘢𝘥 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 untuk di bawa ke 𝘍𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘉𝘢𝘴𝘦 (FOB).
Katanya, bagi menilai dan menguji keberhasilan latihan, Tim Evaluasi dari Cawangan Hantaran Udara, Pusat Latihan KPD (PULMAT) telah terlibat di dalam pelaksanaan eksesais tersebut.
“Tim ini juga berperanan untuk melaksanakan ujian kompetensi terhadap anggota yang berkelayakkan untuk diiktiraf sebagai 𝘑𝘰𝘪𝘯𝘵 𝘈𝘤𝘤𝘦𝘱𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘐𝘯𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 (JAI) dan 𝘍𝘪𝘯𝘢𝘭 𝘐𝘯𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 (FI),” ujarnya.
Turut terlibat di dalam eksesais ini adalah pesawat CN-235 dari No 1 Skn, C-130H dari No 14 Skn dan No 20 Skn TUDM bagi melaksanakan proses Guguran Udara serta pesawat EC-725 dari No 5 Skn TUDM bagi melaksanakan proses 𝘜𝘯𝘥𝘦𝘳𝘴𝘭𝘶𝘯𝘨/𝘚𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘓𝘰𝘢𝘥 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯. – airtimes.my
Galeri Gambar: