if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan New Zealand belanja US$ 1 bilion beli 5 pesawat Super Hercules

New Zealand belanja US$ 1 bilion beli 5 pesawat Super Hercules

by M.Daim

WELLINGTON, 9 Jun – Kementerian Pertahanan New Zealand telah memperuntukkan sebanyak US$ 1 bilion untuk membeli 5 buah pesawat pengangkut C-130J-30Super Hercules dari syarikat Lockheed Martin.

Pembelian pesawat baharu itu dibuat bagi menggantikan pesawat C-130H yang dioperasikan oleh No 40 Skuadron Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF).

Menteri Pertahanannya, Ron Mark menegaskan pesawat baharu itu akan digunakan bagi tujuan operasi di New Zealand, perairan selatan Lautan Pasiik dan Antartika.

Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) memiliki 5 buah C-130H – Foto: NZ MOD

“Rakyat New Zealand sememangnya maklum bahawa C-130H merupakan pesawat yang penting kepada negara,

“Pesawat baharu Super Hercules mampu untuk membawa muatan yang lebih banyak dan terbang lebih jauh,” katanya dalam satu kenyataan.

New Zealand dijangka akan menerima pesawat pertama C-130J-30 pada tahun 2024 dan akan mencapai tahap operasi penuh pada tahun 2025.

Nilai perolehan pesawat tersebut turut merangkumi pembelian peralatan simulasi serta sokongan operasi.

Negara Kiwi itu telah mengoperasikan pesawat Hercules semenjak 1965. Pada tahun lalu, kesemua pesawat tersebut tidak dibenarkan terbang

 

Related Articles

Leave a Reply