Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara COVID-19: TUDM terbangkan keperluan peralatan perubatan ke Malaysia Timur

COVID-19: TUDM terbangkan keperluan peralatan perubatan ke Malaysia Timur

by Air Times News Network

SUBANG, 27 Mac – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan operasi menerbangkan keperluan peralatan perubatan ke Malaysia Timur bagi menangani pandemik COVID-19.

TUDM dalam satu kenyataan semalam berkata, penerbangan tersebut menggunakan pesawat pengangkut C-130H dari No 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang. Pesawat membawa bekalan farmasi, peralatan pelindungan (Personal Protective Equipment, PPE), peralatan makmal dan peralatan perubatan kritikal.

“Keperluan barangan ini telah diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diserahkan kepada Jabatan Kesihatan di Malaysia Timur bagi menampung keperluan peralatan perubatan di hospital serta klinik kesihatan di sana dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang semakin meningkat,” kata kenyataan itu menerusi Facebook rasminya.

Menurut kenyataan itu, negara ketika ini berhadapan dengan COVID-19 yang memerlukan tindakan segera bagi memerangi wabak ini.

“TUDM sentiasa siap siaga serta bersedia untuk diaturgerak serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat,” katanya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply