Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM terbangkan bekalan darah dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak

TUDM terbangkan bekalan darah dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak

by M.Daim

SUBANG, 27 Mac – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan operasi penerbangan membawa bekalan darah ke Sabah dan Sarawak.

“Operasi melibatkan penghantaran sebanyak 375 blood pack seberat 254 kilogram serta 1677 kilogram spesimen klinikal yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),

“Bekalan ini digunakan oleh pihak hospital di Sabah dan Sarawak dalam usaha memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan,” kata TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut kenyataan yang sama, operasi penerbangan ini melibatkan sebuah pesawat pengangkut C-130H dari No 20 Skuadron.

“Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11 pagi. Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Mejar Muhammad Izwan Shah Azman TUDM sebagai juruterbang dan dibantu oleh Kapt Shahril Amin Dzulkefli TUDM selaku pembantu juruterbang bersama 5 anak kapal,” jelas kenyataan itu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply