Home Politik Barisan Nasional tidak bertanding di Batu Sapi

Barisan Nasional tidak bertanding di Batu Sapi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira keadaan semasa penularan wabak COVID-19 di negara ini terutamanya di Sabah.

“Keputusan ini dibuat kerana BN merasakan kita perlu menggelakkan penualran wabak COVID-19 semasa PRK sekiranya ianya diadakan,

“Ini terutamanya seperti mana yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu,” katanya.

Beliau menambah, kesejahteraan dan kesihatan rakyat perlu diutamakan.

“Terserah kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak,” katanya.

Terdahulu, SPR menyatakan pihak mereka telah menerima notis kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah.

Menurut SPR, mesyuarat berkenaan PRK Batu Sapi akan diadakan pada Selasa hadapan.

Kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi berlaku apabila penyandangnya, Datuk Liew Vui Kong telah meninggal dunia pada 2 Oktober. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply