Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera redah air bah selamatkan mangsa banjir Sabah

Tentera redah air bah selamatkan mangsa banjir Sabah

by M.Daim

KOTA KINABALU, 9 Okt – Tentera Darat Malaysia telah melancarkan Op Murni dengan menggerahkan pasukan dibawah naungan 5 Briged untuk menyelamatkan mangsa banjir di Sabah.

“Bantuan telah diberikan selama 3 hari iaitu 5 hingga 7 Oktober. Antara bantuan yang diberikan adalah menyelamatkan mangsa banjir dari rumah yang ditenggelami air sedalam 5 kaki,

“Bantuan lain pula melibatkan pengangkutan, tempat tidur serta makanan kepada mangsa yang terlibat,” kata Markas 5 Briged.

Menurutnya, halangan arus deras dan pohon hanyut tidak mematahkan semangat anggota tentera yang terlibat.

Operasi ini melibatkan seramai 5 Pegawai dan 41 anggota Lain-lain Pangkat dari Markas 5 Briged, 5 Skuadron Semboyan Briged (5 SSB), dan 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (5KPD). – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!