Home Semasa Bekalan air 274 kawasan pulih sepenuhnya

Bekalan air 274 kawasan pulih sepenuhnya

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengesahkan bekalan air di kesemua 274 kawasan yang terjejas semenjak 4 Oktober lalu pulih sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, air yang dibekalkan kepada 309,687 akaun pengguna telah melalui ujian kualiti dan pematuhan piawaian ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pelan Pemulihan Bekalan Air telah berjaya dilaksanakan 12 jam lebih awal daripada jadual setelah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pulih sepenuhnya,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya telah mengalami gangguan bekalan air berikutan pencemaran sungai yang berlaku pada hujung minggu lalu.

Pencemaran tersebut telah menyebabkan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas serta-merta.

Suhaimi berkata, kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat adalah penting bagi mencegah sebarang kegiatan pencemaran sungai yang boleh menjejaskan bekalan air kepada umum. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply