Home SemasaGlobal Kanak-kanak dijangkiti COVID-19 berbahaya kepada warga emas

Kanak-kanak dijangkiti COVID-19 berbahaya kepada warga emas

by M.Daim

MOSKOW, 9 Okt – Kerajaan Rusia hari ini mengesahkan berlaku peningkatan trend jangkitan wabak COVID-19 di kalangan kanak-kanak di negara itu.

Andrei Fisenko, Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Kesihatan Kanak-kanak Rusia berkata, bilangan wabak menjangkiti kanak-kanak di negara itu meningkat semenjak 2 minggu lalu.

“Ramai ibu bapa kepada pesakit menyatakan anak mereka mengalami simptom seperti hilang deria bau, batuk dan demam,

“Ini menunjukkan trend jangkitan yang baharu di negara ini dan perlu mendapat perhatian dari semua pihak,” katanya yang dipetik oleh agensi TASS.

Beliau menambah, simptom COVID-19 yang teruk dapat dilihat pada pesakit yang mempunyai latar belakang masalah kesihatan.

“Apa yang kita dapat lihat ialah COVID-19 tidak memberikan sebarang kesan mahupun petunjuk seperti pada pesakit dewasa,” jelasnya lagi.

Beliau menegaskan situasi ini adalah berbahaya kepada golongan warga emas. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply