Home Politik Kerjasama parti komponen yakinkan rakyat Sabah pilih GRS

Kerjasama parti komponen yakinkan rakyat Sabah pilih GRS

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan rakyat Sabah telah menaruh keyakinan tinggi kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS yang diumumkan beliau pada pertengahan September lalu melibatkan parti komponen yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PBS.

“Berdasarkan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), GRS telah mendapat 38 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk membentuk kerajaan baharu di Sabah,

“Ini menunjukkan rakyat Sabah mempunyai keyakinan kepada semua calon-calon yang telah dipertandingkan oleh GRS,” katanya dalam satu siaran langsung yang disiarkan di akaun Facebook rasminya.

Muhyiddin turut mengingatkan para calon GRS yang menang dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Ini adalah masa untuk memulakan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh intergiti, amanah dan berdedikasi,” ujarnya.

Menurutnya, Sabah mampu sebuah negeri yang cemerlang sekiranya kerjasama dari semua pemimpin baharu kerajaan negeri dan rakyat dapat digembleng secara bersama.

“Dokongan dan kerjasama dari semua pimpinan baharu kerajaan negeri serta rakyatnya akan menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang cemerlang di masa hadapan,

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri yang akan dibentuk dalam masa terdekat mendapat sokongan padu dari kerajaan persekutuan,” tambah Muhyiddin.

PRN ke-16 Sabah menyaksikan kemenangan berpihak kepada GRS yang berjaya memenangi majoriti mudah iaitu 38 kerusi. Gabungan Warisan Plus pula berjaya memperoleh 32 kerusi sementara 3 calon Bebas telah berjaya meraih majoriti di kawasan masing-masing. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply