Home SemasaGlobal Jepun guna pelantar minyak sebagai tapak pemintas peluru berpandu balistik

Jepun guna pelantar minyak sebagai tapak pemintas peluru berpandu balistik

by M.Daim

TOKYO, 25 Sept – Kerajaan Jepun dilaporkan akan menggunakan pelantar minyak sebagai salah satu pilihan dalam membentuk jaringan sistem pertahanan peluru berpandu di negara itu.

Selain pelantar minyak, Tokyo turut bercadang untuk menggunakan kapal pembinasa dan kapal komersil bagi tujuan itu.

Rancangan tersebut telah digariskan oleh Kementerian Pertahanan Jepun berikutan pembatalan projek Aegis Ashore pada Jun lalu.

Program Aegis Ashore telah dibatalkan oleh kerajaan Jepun pada Jun lalu.

Menurut Asahi Shimbun, projek pemasangan sistem pemintas peluru berpandu balistik di kawasan daratan itu telah dibatalkan berikutan bantahan penduduk Jepun, isu keselamatan serta beberapa faktor yang lain.

“Sebahagian besar pegawai Kementerian Pertahanan Jepun bersetuju dengan idea penggunaan platform maritim kerana ianya berupaya untuk menggunakan komponen Aegis,

“Selain itu, langkah ini diambil bagi menggelakkan pembatalan kontrak yang menyebabkan Tokyo untuk membayar denda kepada Amerika Syarikat,” kata laporan itu.

Program perolehan sistem Aegis Ashore di Jepun bermula pada tahun 2017 dan dirancang untuk beroperasi mulai 2023.

Perolehan ini dilakukan bagi membendung ancaman peluru berpandu balistik oleh Korea Utara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply