Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
COVID-19: Kes jangkitan kembali catat 3 angka – Air Times News Network
Home Semasa COVID-19: Kes jangkitan kembali catat 3 angka

COVID-19: Kes jangkitan kembali catat 3 angka

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan 3 angka semenjak 23 September lalu.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebanyak 111 kes baharu COVID-19 telah dikesan dengan 4 daripadanya adalah kes import.

Sabah mencatatkan 97 kes dengan 74 daripadanya adalah dari Kluster Bangau-Bangau, 13 Kluster Benteng Lahad Datu, dan 2 Kluster Laut. Lain-lain kes yang direkodkan di Negeri Di Bawah Bayu itu melibatkan kes saringan di beberapa tempat berlainan.

Sementara itu, Kluster Sungai di Kedah telah mencatatkan 7 kes sementara 1 kes lagi dikesan di Hospital Sulatanah Bahiyah.

Pahang dan Selangor masing-masing mencatatkan 1 kes yang berpunca dari pesakit yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Johor pula telah mencatatkan satu kuster baharu di Pasir Gudang.

“Kluster baharu (Kluster Orkim) telah dikesan di Pasir Gudang dengan melibatkan 2 anak kapal warganegara Indonesia,

“Seramai 24 individu kontak rapat disahkan negatif sementara 4 lagi menunggu keputusan,” kata Noor Hisham.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan mengesahkan 4 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 3 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, seramai 30 orang pesakit disahkan pulih dan tiada kematian direkodkan dalam tempoh masa 24 jam.

Sehingga kini, COVID-19 telah menjangkiti seramai 10,576 pesakit di negara ini dengan 9,666 daripadanya disahkan sembuh.

Angka kematian kekal 133 orang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?