Home Semasa Tanda tangan perjanjian atau tidak, semua negara tak boleh usir pemegang kad UNHCR

Tanda tangan perjanjian atau tidak, semua negara tak boleh usir pemegang kad UNHCR

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Pihak Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) Malaysia hari ini menegaskan mana-mana pelarian dan pemohon suaka yang memegang kad pertubuhan tidak dibenarkan diusir ke negara asal.

Menurutnya dalam satu kenyataan, semua negara, tidak kira yang menandatangani atau tidak menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951 perlu memberi perlindungan kepada golongan terbabit.

“UNHCR telah mengeluarkan dokumen (kad) bagi mengiktiraf pelarian dan pemohon suaka untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa,

“Pihak kami berkerjasama rapat dengan pasukan penguatkuasa dan berjaya melindungi golongan ini dari ditahan atas kesalahan imigresen,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak UNHCR menambah, kad ini juga melindungi pemegangnya dari dihantar pulang ke negara asal yang boleh membahayakan keselamatan mereka.

“Mereka juga dilindungi dari diusir ke negara asal, atau ke mana-mana negara yang berisiko untuk menghalau mereka pulang ke tempat asal,

“Semua negara, sama ada negara pihak menandatangani atau tidak Konvensyen Status Pelarian 1951 adalah teringkat dengan prinsip non-refoulment iaitu tidak mengusir pelarian,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, UNHCR turut menyatakan pihak mereka sedang mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan pada kad pelarian bagi menggelakkan pemalsuan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!