Home Semasa COVID-19: 12 kes penularan tempatan libatkan penularan Kluster Sivagangga di tiga negeri

COVID-19: 12 kes penularan tempatan libatkan penularan Kluster Sivagangga di tiga negeri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan terdapat 13 kes jangkitan COVID-19 dari kluster Sivagangga.

Menurut beliau, dari jumlah tersebut, 12 daripadanya adalah kes baharu yang dilaporkan pada hari ini.

“Kes di kesan berlaku di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Kes di Perlis melibatkan 10 orang dan merupakan ahli keluarga kepada 1 kes yang dilaporkan pada 4 Ogos lalu.

Menurut Noor Hisham, kesemua kes adalah tidak bergejala.

“1 kes baharu di Kedah merupakan kontak rapat kepada pesakit yang dilaporkan pada 6 Ogos lalu. 1 kes di Pulau Pinang pula melibatkan seorang pesakit yang telah pulang ke kampung halaman yang kini terletak di bawah kawasan TEMCO,” jelasnya.

Sehingga kini, kluster Sivagangga mencatatkan sebanyak 43 kes jangkitan.

“Pecahan kes adalah 31 di Kedah, 11 di Perlis dan 1 kes di Pulau Pinang,” kata Noor Hisham lagi.

Beliau menambah, seramai 1,884 kontak rapat kes di Perlis dan Pulau Penang telah dikenalpasti. Menurut beliau, kesemua kontak rapat ini akan disampel.

Sehingga kini, seramai 3,246 orang kontak rapat kluster Sivagangga telah disampel dengan 2,320 daripadanya disahkan negatif sementara 883 lagi menunggu keputusan.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Noor Hisham mengumumkan sebanyak 15 kes pulih telah dilaporkan pada hari ini.

Selain itu, terdapat 25 kes baharu dengan 9 daripadanya merupakan kes import.

“Bilangan kes penularan dalam negara adalah 16 kes dengan 12 daripada adalah kluster Sivaganggam, 2 kes di Perak, 1 kes di Kuala Lumpur dan 1 kes lagi melibatkan tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin di Johor,” katanya.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan jumlah jangkitan COVID-19 sebanyak 9,063 kes dengan 8,728 daripadanya sembuh.

Angka kematian akibat wabak itu masih kekal pada 125 kes. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply