Home SemasaGlobal Iceland buka pusat hiburan dan rekreasi, kuatkuasa penjarakan sosial 2 meter

Iceland buka pusat hiburan dan rekreasi, kuatkuasa penjarakan sosial 2 meter

by M.Daim

REYKJAVÍK, 26 Mei – Negara pulau utara Lautan Atlantik, Iceland mula membuka pusat hiburan dan gimnasium semenjak Isnin sebagai tanda pemulihan dari wabak COVID-19.

Menurut kerajaan Iceland dalam satu kenyataan berkata, tahap amaran wabak COVID-19 di negara itu telah diturunkan ke tahap berjaga-jaga.

Namun begitu, ini tidak bermakna penduduk di negara itu boleh menarik nafas lega kerana Iceland telah menetapkan beberapa prosedur.

Begitu juga pembukaan pusat hiburan dan gimnasium yang terikat dengan syarat-syarat tertentu.

Ini termasuklah membenarkan operasi kedua-dua premis itu pada kapasiti 50% bagi mematuhi penjarakkan sosial.

“Pihak berkuasa kesihatan Iceland menetapkan penjarakkan sosial 2 meter antara individu bagi menggelakkan jangkitan,

“Selain itu, pihak peniaga digalakkan untuk menasihati pelanggan mereka bagi mematuhi penjarakkan tersebut,

“Premis perniagaan makanan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 11 malam” kata kerajaan Iceland dalam satu kenyataan di laman rasmi mereka.

Menurut kenyataan yang sama, langkah terbaharu itu akan diteruskan sehingga 21 Jun nanti.

42% ekonomi Iceland bergantung kepada sektor pelancongan dan COVID-19 telah memberikan kesan kepada negara itu dengan penutupan sempadan bagi membendung penularan wabak itu.

Lantaran daripada itu, kerajaan Iceland telah membelanjakan sekitar US$ 2 bilion bagi membantu perniagaan dan rakyat terjejas.

Sehingga kini, negara itu telah mencatatkan 1,804 jangkitan dan 10 kematian akibat wabak COVID-19. – Airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply