Home SemasaGlobal Arab Saudi mula benarkan ibadah solat di masjid

Arab Saudi mula benarkan ibadah solat di masjid

by M.Daim

RIYADH, 26 Mei – Kerajaan Arab Saudi mula membenarkan umat Islam di negara itu untuk melakukan solat di masjid, termasuk Solat Jumaat.

Kebenaran bersyarat itu mula berkuatkuasa mulai 31 Mei sehingga 20 Jun seiring dengan perubahan waktu perintah berkurung yang bermula 6 pagi sehingga 8 malam.

“Ibadah solat termasuk Solat Jumaat dibenarkan berlangsung di semua masjid di seluruh Arab Saudi dengan mengikuti langkah keselamatan,

“Kelonggaran itu tidak melibatkan masjid-masjid kawasan Mekah kecuali Masjidil Haram,” kata pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi yang dipetik oleh media negara itu, hari ini.

Mekah turut dikecualikan dari perubahan waktu perintah berkurung yang baharu.

Agensi berita Arab Saudi melaporkan, langkah itu merupakan sebahagian daripada rancangan Riyadh untuk melonggarkan kawalan pergerakan berikutan penularan wabak COVID-19.

Namun begitu, ibadah haji dan umrah masih lagi digantung sehingga mendapat keputusan oleh kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, penerbangan antarabangsa masih lagi ditutup walaupun pergerakan antara wilayah mula dibenarkan.

Kelonggaran secara berperingkat ini turut membenarkan aktiviti ekonomi dan penduduk di negara itu untuk kembali bekerja.

Related Articles

Leave a Reply