Home Pertahanan dan Keselamatan KD JEBAT perkasa rondaan banteras kemasukan PATI di perairan negara

KD JEBAT perkasa rondaan banteras kemasukan PATI di perairan negara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM hadir melakukan tinjauan operasi membanteras kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) oleh KD JEBAT di perairan Selat Melaka, hari ini.

Kapal tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam melaksanakan Operasi Benteng yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut Markas ATM, Panglima Angkatan Tentera hadir menyampaikan amanat kepada anak kapal sebagai tanda sokongan moral kepada anggota yang melaksanakan operasi.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany TLDM dan Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah TLDM.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM menyampaikan amanat dan beramah mesra bersama anak kapal KD JEBAT.

Ops Benteng diaktifkan di bawah National Task Force (NTF). Melalui NTF, ATM telah diberi mandat untuk menyelaras operasi kawalan persempadanan negara.

Operasi ini turut dilaksanakan secara bersama dengan agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Ia adalah untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI. Selain itu, operasi ini bermatlamat untuk mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan wabak COVID-19,” kata kenyataan itu. – Airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply