Home SemasaGlobal Tentera Laut Amerika Syarikat terima pesawat rondaan maritim P-8A Poseidon ke-100

Tentera Laut Amerika Syarikat terima pesawat rondaan maritim P-8A Poseidon ke-100

by M.Daim

WASHINGTON, 26 Mei – Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy, USN) telah menerima pesawat rondaan maritim (Maritime Patrol Aircraft, MPA) P-8A ke-100 dari syarikat Boeing.

“Kami berbangga kerana mendapat kepercayaan dari pihak USN terhadap syarikat kami dan sistem pesawat P-8,

“Fokus kami adalah tetap iaitu untuk menghasilkan MPA yang terbaik di dunia,” kata Stu Voboril, Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Program P-8 dalam kenyataan oleh Boeing.

Untuk rekod, pesawat ini merupakan P-8A Poseiden ke-94 untuk kegunaan misi USN. Selain itu, USN turut mengoperasikan 6 buah pesawat ujian dari Boeing pada awal dekad lalu.

P-8A merupakan MPA yang direka khusus dengan menggunakan badan pesawat 737-800ERX. Pesawat ini pada asasnya dibangunkan sebagai pesawat pelbagai misi maritim (Multimission Maritime Aircraft) oleh Boeing.

Pada ketika ini, jumlah keseluruhan masa penerbangan operasi P-8 Poseidon hampir mencapai 300,000 jam.

Selain USN, pesawat P-8 turut dioperasikan oleh Tentera Laut India (Indian Navy, IN), Tentera Udara Diraja Britain (Royal Air Force, RAF), dan Tentera Udara Diraja Australia (Royal Australian Air Force, RAAF).

Pesawat ini digunakan untuk peperangan bawah permukaan (ASW), peperangan permukaan (ASuW) dan kawalan maritim.

Sehingga kini, sebanyak 2 buah pesawat P-8A telah diterima oleh RAF manakala 12 buah untuk RAAF Selain P-8A, Boeing turut menghasilkan varian khusus P-8I Neptune yang dioperasikan oleh India.

IN pada ketika ini mengoperasikan sebanyak 8 buah P-8I. – Airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply