Home SemasaGlobal Tebing Barat milik Israel Julai ini – Benjamin Netanyahu

Tebing Barat milik Israel Julai ini – Benjamin Netanyahu

by M.Daim

JERUSALEM, 26 Mei – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan wilayah Tebing Barat akan menjadi sebahagian daripada negara itu pada Julai ini.

Beliau dilaporkan menyuarakan hasrat itu semasa persidangan Parti Likud pada Isnin lalu.

“Kita mempunyai peluang keemasan yang baharu sahaja wujud semenjak 1948 dengan menggunakan hak kedaulatan dengan bijak,

“Ianya merupakan langkah diplomatik di Judea dan Samaria. Maka, kita tidak akan membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,” kata Netanyahu dipetik oleh Times of Israel.

Judea dan Samaria merupakan dua nama yang merujuk kepada wilayah di Tebing Barat.

Menurut laporan itu, langkah peluasan kawasan Israel di wilayah tersebut adalah berdasarkan rancangan pendamaian Timur Tengah yang dilobi oleh Presiden AS, Donald Trump.

Melalui rancangan tersebut, Israel dibenarkan untuk memperluaskan wilayah mereka sebanyak 30% di Tebing Barat.

Pelan tersebut mendapat kritikan dan tentangan keras dari Palestin yang menuntut Tebing Barat sebagai wilayah mereka.

Pada minggu lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan langkah untuk memutuskan sebarang kerjasama keselamatan dengan Israel. Keputusan dibuat selepas Netanyahu menyuarakan hasrat untuk menuntut beberapa kawasan strategik di Lembah Jordan. – Airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply