Home Semasa Proses nyah cemar di Simpang Renggam kekang penularan wabak COVID-19

Proses nyah cemar di Simpang Renggam kekang penularan wabak COVID-19

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Apr – Proses nyah cemar yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di kawasan yang disahkan mempunyai jangkitan postif wabak pandemik COVID-19 dilihat mampu mengekang penularan wabak berkenaan.

Proses ini juga dilaksanakan di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan aktiviti pengesanan wabak itu.

Proses yang sama turut dilaksanakan oleh pihak tempatan di zon Simpang Renggam, Kluang yang telah di isytiharkan sebagai PKPD yang pertama pada 27 Mac 2020 susulan pengesanan peningkatan mendadak penularan positif wabak itu.

Yang Dipertua Daerah Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Mohammad Sukry Abd Rahim berkata proses nyah cemar ini dilaksanakan di dua tempat utama iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baru Dato’ Ibrahim Majid (BBIM) di Simpang Renggam serta 9 kampung rangkaian di kawasan berkenaan.

Yang Dipertua Daerah Majlis Daerah Simpang Renggam, Mohammad Sukry Abd Rahim berkata proses nyah cemar ini dilaksanakan di dua tempat utama iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baru Dato’ Ibrahim Majid (BBIM) Simpang Renggam

“9 kampung rangkaian itu belum dilaksanakan proses nyah cemar kerana masih tidak mempunyai pesakit atau kes positif dari kampung berkenaan,

“Buat masa sekarang, pihak kami hanya melakukan langkah pencegahan dan penguatkuasaan PKPD bagi membendung wabak berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tinjauan krew Air Times  yang berkesempatan untuk menyertai proses nyah cemar ini mendapati sebanyak 75 rumah yang dihuni 147 penduduk di BBIM, dinyah cemar melalui proses ini.

Melalui program ini, setiap rumah penduduk yang terlibat secara keseluruhan akan disembur dengan semburan nyah cemar bagi memastikan ia bersih sepenuhnya daripada wabak berkenaan.

Ianya dilakukan berikutan keputusan saringan terhadap 1,446 penduduk di BBIM mengesahkan 61 daripadanya positif COVID-19.

Proses nyah cemar ini meliputi seluruh kawasan perumahan di dua kampung berkenaan yang mengambil masa 45 minit hingga 1 jam pelaksanaanya bagi sebuah rumah.

Sebelum melaksanakan proses nyah cemar ini, taklimat berkaitan proses nyah cemar telah disampaikan oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kluang bagi melancarkan proses nyah cemar dilaksanakan.

Operasi nyah cemar ini melibatkan petugas-petugas terdiri daripada anggota Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR),  Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kluang, Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohammad Sukry berkata Bilik Gerakan di Dewan Orang Ramai Majlis Daerah Simpang Renggam akan terus memastikan segala arahan PKPD dilaksanakan dengan terkawal dan teratur agar penularan wabak ini dapat diatasi sepenuhnya.

Beliau turut berharap apa yang dilaksanakan pada hari ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengurus tadbirkan sesuatu hal berkaitan bencana agar ianya dapat dijalankan dengan baik dan terkawal.

“MDSR amat berterima kasih dengan semua agensi yang terlibat termasuk ATM dan PDRM yang memberi maklumat strategik dalam menangani masalah ini serta berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan dimasa hadapan.” jelasnya lagi.

Operasi Sanitasi Awam COVID-19 yang telah mula beroperasi sejak 30 Mac lalu telah melakukan 3,040 operasi di 107 zon termasuk 30 zon merah -Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi proses tersebut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskannya di setiap negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Operasi nyah cemar ini menumpukan kawasan berisiko tinggi iaitu kawasan tumpuan awam dan kemudiannya akan diperluaskan ke kediaman PPR (Projek Perumahan Rakyat) dan pejabat,

“Operasi Sanitasi Awam COVID-19 yang telah mula beroperasi sejak 30 Mac lalu telah melakukan 3,040 operasi di 107 zon termasuk 30 zon merah,

“Sehingga semalam (20 April), sebanyak 250 operasi sanitasi meliputi 78 zon di 14 negeri, termasuk 44 kawasan di Johor dan 27 kawasan di Terengganu. Operasi ini turut merangkumi 111 tempat awam, 133 pusat perniagaan dan 9 pasar raya,” kata Ismail Sabri.

Related Articles

Leave a Reply