KUALA LUMPUR, 18 Jan – Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam, Raub dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 19 Januari ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.
Beliau berkata, PKPD di lokaliti tersebut dijadualkan akan tamat pada 1 Februari 2022.