Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat pasang kawat duri, kawal penduduk Kampung Kongsi 8 Tawau

Tentera Darat pasang kawat duri, kawal penduduk Kampung Kongsi 8 Tawau

by Nurulhuda

TAWAU, 18 Mei – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui formasi divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah dengan memasang kawat duri di Kampung Kongsi 8, Tawau , semalam.

Markas 5 Div dalam hantaran di media sosialnya berkata, pemasangan ini adalah selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti tersebut yang dilaksanakan pada 16 Mei sehingga 29 Mei depan.

“Markas 5 Div melalui Formasi 13 Briged (13 Briged) bertanggungjawab dalam membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaksanakan kawalan dan pemerhatian ke atas kawasan tempatan jangkitan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,

“Pemasangan ini diketuai oleh Mejar Muhammad Hafiz Humam bersama 4 orang anggota Batalion ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD),

“Kesemua petugas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa melaksanakan kerja pemasangan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dan penambahan kluster aktif yang baharu dalam kalangan petugas barisan hadapan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kampung Kongsi 8, Tawau, Sabah dikenakan PKPD ekoran terdapat peningkatan ketara trend dalam tempoh 2 minggu lalu iaitu sebanyak 56 kes positif.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD ini juga adalah untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalan pengesanan awal (ACD) kes-kes positif supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan mengekang penularan jangkitan COVID19 ke komuniti lain. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply