Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tembak mati 5 ahli kumpulan Abu Sayyaf di Beaufort

Polis tembak mati 5 ahli kumpulan Abu Sayyaf di Beaufort

by Nurulhuda

SABAH, 18 Mei – Pihak polis telah menembak mati 5 anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dalam operasi khas yang dijalankan berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort, Sabah, pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, salah seorang suspek adalah pemimpin (sub-leader) kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Mabar Binda.

Menurut Hazani, suspek juga antara individu yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh kerajaan Filipina.

“3 lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno manakala seorang lagi suspek belum dikenal pasti namanya,

“Semua suspek ini berusia antara 20-an hingga 40-an dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta dipercayai warganegara asing,” katanya dalam hantaran di media sosial Polis Sabah, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklum balas pihak berkuasa Filipina, 4 suspek yang ditembak mati disahkan sebagai ahli kumpulan ASG.

“Pihak polis turut merampas dua pucuk pistol, peluru, kelongsong peluru serta 3 bilah parang yang digunakan oleh suspek semasa kejadian,” tambahnya.

Hazani menjelaskan, dengan tumpasnya 5 anggota kumpulan ini, pihaknya yakin telah berjaya melumpuhkan satu sel Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah, dan mereka yang telah melakukan ba’iah dengan kumpulan militan Daesh. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!