Home Semasa Wakil rakyat mesti patuhi SOP Majlis Keselamatan Negara

Wakil rakyat mesti patuhi SOP Majlis Keselamatan Negara

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 19 Apr – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan wakil-wakil rakyat yang bertugas mesti mengikut undang-undang dan prosedur operasi standrard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata wakil rakyat juga tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan atau program serta jamuan yang melibatkan kelompok yang ramai.

“Wakil rakyat adalah diantara individu yang dibenarkan bertugas sama seperti jabatan kerajaan yang masih menjalankan tugas mereka,

“Tugas mereka adalah menjaga kepentingan rakyat di kawasan masing-masing, mereka dibenarkan (bertugas) tetapi masih tertakluk kepada SOP, tidak boleh mengadakan perjumpaan, program penyerahan bantuan dan jamuan besar-besaran,

“Untuk keluar pun tidak perlu rombongan kereta yang banyak, cukup dua atau tiga orang sahaja mengikuti rombongan mereka untuk memberikan bantuan makanan dan sebagainya,” katanya dalam sidang media harian PKP di sini, hari ini.

Ismail Sabri juga berkata wakil rakyat berkenaan sebaik-baiknya menggunakan khidmat petugas barisan hadapan seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi membantu mereka melaksanakan sebarang program di kawasan masing-masing.

“SOP telah kita keluarkan dan semua wakil rakyat dan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mesti mengikut SOP yang ditetapkan MKN sepanjang tempoh PKP dilaksanakan,

“Isu berkaitan dengan VVIP disebar meluas di dalam media semalam (Sabtu) dan pagi ini, bahawa tidak ada sesiapa yang akan terlepas tindakan undang-undang jika ingkar dan tidak patut kepada arahan PKP,

“Dalam kes melibatkan anggota kerajaan, pihak polis telah memanggil individu berkenaan dan saya kira tindakan seterusnya bergantung kepada polis,” kata Ismail Sabri lagi.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri turut menegaskan tiada perbezaan tindakan yang diambil pihak polis kepada wakil rakyat yang ingkar PKP. Tindakan sama akan dijalankan seperti rakyat yang ditahan diatas kesalahan itu.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply