Home Semasa COVID-19: Sesi persekolahan ditangguh sehingga kembali pulih

COVID-19: Sesi persekolahan ditangguh sehingga kembali pulih

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 10 Apr – Kerajaan menangguhkan semua sesi persekolahan sehingga benar-benar yakin keadaan wabak pandemik COVID-19 kembali pulih sepenuhnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ramai ibu bapa yang mahu penutupan sekolah dilanjutkan sehingga wabak COVID-19 pulih.

“Saya juga baca komen-komen ibu bapa di Facebook. Ramai yang mahu penutupan sekolah dilanjutkan lagi. Ibu bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak,

“Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara saudari saya pun bimbang juga. Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya,” kata Muhyiddin semasa perutusan khas hari ini.

Menurutnya lagi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal dan anak-anak kita perlu belajar di rumah.

“Saya telah minta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka,” ujarnya.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelanjutan tempoh PKP mulai 15 April sehingga 28 April 2020 bagi memerangi wabak COVID-19 selain mengelakkan penularan semula kepada masyarakat.

 

Related Articles

Leave a Reply