Home Semasa Malaysia catat 6 kes terbaharu jangkitan COVID-19

Malaysia catat 6 kes terbaharu jangkitan COVID-19

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari menyatakan jumlah kumulatif kes jangkitan wabak koronavirus (COVID-19) di negara ini mencecah angka 99.

Menurut beliau, sebanyak 6 kes baharu telah dikesan sehingga waktu tengah hari 8 Mac.

“Kesemua kes ini telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi untuk rawatan selanjutnya,

“Aktiviti pengesanan kontak rapat masih sedang dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini terjadi dapat dikenalpasti,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Noor Hisham turut mengesahkan pesakit kes-41 yang menghidap COVID-19 telah pulih dan dibenarkan keluar dari wad Hospital Kuala Lumpur.

“Sehingga kini, 24 kes pesakit telah pulih dari jangkitan COVID-19,” katanya.

Related Articles

4 comments

CORONA VIRUS | Sabron Evento 9 March 2020 - 12:56 am

[…] 6 new cases and 1 new recovery in Malaysia [source] […]

Reply
COVID-19 Coronavirus Outbreak Last updated: March 08, 2020, 18:55 GMT > .fonecable { 9 March 2020 - 4:06 am

[…] 6 new cases and 1 new recovery in Malaysia [source] […]

Reply
COVID-19 Coronavirus Outbreak Last updated: March 10, 2020, 08:10 GMT > .fonecable { 10 March 2020 - 4:17 pm

[…] 6 new cases and 1 new recovery in Malaysia [source] […]

Reply
Koronawirus - Informacje, Aktualności, Wiadomości - Najnowsze wiadomości - Aktualności 11 March 2020 - 5:06 pm

[…] 6 nowych przypadków and 1 nowe odzyskiwanie w Malezja [[źródło] […]

Reply

Leave a Reply