Home Politik Kalau Tun M gila kuasa, dia akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga sekarang – Syed Saddiq

Kalau Tun M gila kuasa, dia akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga sekarang – Syed Saddiq

by Syahira Rahemi

KUALA LUMPUR, 8 Mac –  Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menegaskan bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohammad (Tun M) adalah bukan seorang yang gila kuasa.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, Tun M adalah seorang yang konsisten terutamanya dalam isu penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama program UpFront Al Jazeera semalam.

Pengacara rancangan Upfront Al-Jazeera, Mehdi Hasan bertanya kepada Syed Saddiq mengenai kemelut politik yang melanda Malaysia dibawah Perikatan Nasional (PN) serta perihal kepimpinan Tun M yang dikatakan gila kuasa.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ tanpa pengetahuan Tun M dan pentadbiran PN adalah tidak sah.

“Saya bertegas bahawa Tun M atau Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersalahkan atas kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH),” ujar Syed Saddiq lagi.

Susulan isu tersebut, ditanya mengenai adakah Tun M merancang rampasan kuasa yang sama untuk menggagalkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim daripada menggantikkan beliau sebagai Perdana Menteri ke-8 (PM).

Syed Saddiq menyangkal dakwaan Mehdi dengan menyatakan bahawa Tun M tidak gila kuasa. Dan sekiranya Tun M gila kuasa sudah pasti beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga sekarang.

“Sekiranya ada (perubahan) gabungan, beliau tetap menjadi Perdana Menteri. Itulah yang sebenarnya dikehendaki oleh gabungan baru ini,

Syed Saddiq dalam satu temu bual bersama program UpFront Al Jazeera semalam.

“Tetapi beliau meletak jawatan, hati nuraninya bersih dan beliau masih berjuang untuk memastikan kerajaan yang dipilih secara demokratik akan terus berkuasa kerana rakyat,” katanya lagi.

Tambah Syed Saddiq lagi, isu komitmen Tun M yang dilihat tidak konsisten untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar adalah tidak benar.

“Majlis Presiden PH sendiri berbincang secara muafakat telah memutuskan untuk membenarkan beliau mentadbir sehingga selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2020 pada bulan November kelak.

Namun, malangnya persetujuan bersama ini tidak didengari yang akhirnya ada pihak luar (lain) tidak suka serta berpuas hati yang mengakibatkan pergulingan kuasa demokrasi terjadi.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan Muhyiddin sebagai seorang ‘pengkhianat’ yang mementingkan politik berbanding prinsip.

Related Articles

Leave a Reply