KUALA LUMPUR,25 Jun – Kerajaan Myanmar meminta Putrajaya untuk menghantar pulang warganya yang bekerja secara haram di Malaysia.
Permohonan itu dibuat ekoran peningkatan mendadak kes bunuh diri melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri Myanmar, U Aung Myint dilaporkan berkata, ribuan pekerja asing tanpa dokumen yang lengkap di Malaysia telah kehilangan pekerjaan disebabkan oleh penularan penyakit COVID-19 ini.
Mereka juga dikatakan mederita kesusahan akibat tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pekerja asing tanpa dokumen.
Oleh itu, ramai yang membuat keputusan mudah dengan membunuh diri.
U Aung Myint, dalam mesyuarat bersama Duta Malaysia, Zahairi Baharim berkata bahawa pihaknya akan menghantar pesawat bantuan bagi membawa pulang pekerja tanpa dokumen ini sendiri jika Malaysia meluluskan kerjasama ini.
Beliau juga berharap agar Malaysia tidak mengenakan sebarang denda atau hukuman kepada mereka yang pulang.
Baru-baru ini seramai 400 pekerja tanpa dokumen telah dihantar pulang ke negara masing-masing oleh Malaysia setelah menjalani hukuman penjara kerana tinggal di negara ini secara haram.