Home Pertahanan dan Keselamatan Tiada anggota ESSCOM terlibat dalam tembakan rambang di Beluran

Tiada anggota ESSCOM terlibat dalam tembakan rambang di Beluran

by Syahira Rahemi

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali hari ini menafikan bahawa terdapat penglibatan anggotanya dalam kejadian tembakan yang dilepaskan secara rambang di Beluran.

Hazani Ghazani dalam satu sidang media berkata, tembakan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai anggota ESSCOM.

Kejadian tersebut berlaku apabila pintu utama KTS Plantation didatangi sekumpulan lelaki dalam lingkungan umur 33 hingga 44 tahun menaiki dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu DMAX pada jam 4.32 petang sabtu lepas.

Pada awalnya, mereka yang menyamar sebagai anggota ESSCOM itu telah mendesak pengawai keselamatan yang bertugas untuk membenarkan mereka masuk ke ladang bagi tujuan memburu.

Namun, pengawal keselamatan terbabit enggan memberi kerjasama.

Ini menyebabkan salah seorang dari mereka melepaskan beberapa das tembakan secara rambang menggunakan senjata api ke udara.

“Selepas melepaskan beberapa das tembakan, mereka kemudiannya terus mengutip kelongsong peluru sebelum beredar dari tempat kejadian,

“Pihak berkuasa sedang giat mengesan kesemua suspek yang terlibat bagi mengenalpasti identiti dan jenis senjata api yang digunakan dalam kejadian berkenaan,” ujar Hazani Ghazali.

Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!