Home Politik Muhyiddin jamin dapatkan kembali dana 1MDB

Muhyiddin jamin dapatkan kembali dana 1MDB

by Fatini Hanis Norzali

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berjumlah RM6.9 bilion yang belum dikenal pasti di luar negara.

Muhyiddin diberi taklimat khas berkenaan 1MDB oleh petugas yang terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa sejumlah RM1.4 bilion dana telah berjaya dikembalikan hasil dari usaha pasukan petugas berkenaan.

“Pasukan petugas turut memberikan perincian tindakan yang telah dilaksanakan untuk membawa pulang dana 1MDB yang disyaki disalahgunakan di 17 buah negara,” katanya

Muhyiddin turut menegaskan agar usaha untuk menjejak dan mengembalikan dana 1MDB dari pelbagai negara terus dilaksanakan.

 

Related Articles

Leave a Reply