Home Semasa Penunggang motorsikal retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk warga emas

Penunggang motorsikal retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk warga emas

by Syahira Rahemi

KANGAR, 1 Jun – Seorang lelaki retak tempurung kepala akibat dirempuh oleh pemandu warga emas yang dipercayai memandu dalam keadaaan mabuk malam tadi.

Mangsa Bishamnadi Mohamad Hasbi, 41, yang turut mengalami kecederaan di anggota badan dikatakan sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah dari kedai runcit ketika kejadian tersebut berlaku.

Ketua Polis Daerah Kangar, Wari Kiew berkata, warga emas tersebut disyaki memandu dalam keadaan mabuk untuk pulang ke rumahnya di Taman Bunga Padi dari Kangar.

“Namun, ketika di hadapan Pasaraya NFS AMG Trading kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sehingga merempuh motosikal mangsa,

“Sebuah lori yang diparkir di bahu jalan turut dirempuh,” tambahnya lagi.

Kedua-dua mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) untuk mendapatkan rawatan.

Namun, suspek cuba melarikan diri dan ditahan semula kira-kira 1 jam selepas itu dan kini direman untuk siasatan lanjut.

Hasil ujian alkohol yang dijalankan keatas warga emas terbabit mendapati bahawa dia memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan di dalam tubuh badan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply