Home Semasa Maut dilanggar pemandu mabuk ketika mencari sesuap rezeki

Maut dilanggar pemandu mabuk ketika mencari sesuap rezeki

by Fatini Hanis Norzali

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta yang dipercayai dipandu oleh lelaki mabuk.

Kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke pusat Bandar hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa Mohamed Zaili Mohamed, 44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang diniagakan oleh isterinya.

“Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa terbabas ke bahu jalan serta motosikalnya diseret sejauh dua kilometer dari lokasi kejadian,

”Mangsa cedera di kepala dan maut ditempat kejadian,” katanya.

“Pemandu mabuk tersebut dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun HS Lee dan telah disaring ujian ‘Evidential Breath Analyzer’ (EBA), keputusan saringan mendapati lelaki tersebut memandu dibawah pengaruh alkohol,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4491) Akta Pengangkutan Jalan 1983. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply