Home Semasa COVID-19: 43 individu ditahan ingkar SOP, 38 direman

COVID-19: 43 individu ditahan ingkar SOP, 38 direman

by Khairunnisa Suhairi

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 43 individu kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu merangkumi 38 individu yang direman dan 5 lagi dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

“Semalam, PDRM telah membuat 69,507 sekatan jalan raya, bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB,

“Sebanyak 3,382 Pasukan Pematuhan telah membuat pantauan dan melibatkan seramai 17,417 anggota,

“PDRM juga telah mengenakan 147 Sekatan Jalan Raya (SJR) Rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara dan memeriksa 147,327 kenderaan,” jelasnya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 356 kompaun telah dikeluarkan ke atas individu yang melakukan kesalahan ingkar arahan PKPB.

“Sebanyak 220 kompaun dikeluarkan di lapangan dan daripada jumlah itu sebanyak 134 kompaun dikeluarkan di Sekatan Jalan Raya,

“Tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Hari Raya Aidilfitri,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan Perak merupakan negeri yang mencatatkan pengeluaran kompaun tertinggi atas cubaan rentas negeri dituruti Selangor (20 kompaun) dan Pulau Pinang (23 kompaun).

Ismail Sabri mengingatkan semua pihak agar mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memerangi pandemik COVID-19 ini.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply