Home SemasaGlobal COVID-19: China arah perintah berkurung di Beijing

COVID-19: China arah perintah berkurung di Beijing

by Syahira Rahemi

BEIJING, 17 Jun-Kerajaan China telah mengeluarkan perintah berkurung di beberapa kawasan di Beijing akibat gelombang kedua Covid-19.

Perintah berkurung ini dikeluarkan susulan terdapatnya 32 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada hari isnin terdahulu.

27 kes telah dilaporkan di Beijing, manakala 4 di Hebei dan 1 kes di Sichuan.

Kesemua kes ini dikatakan berpunca dari pasar borong Xinfadi yang terletak di Beijing.

Ekoran peningkatan itu, semua sekolah yang baru dibuka semula turut diperintahkan untuk ditutup kembali.

Timbalan Setiausaha Pemerintahan Beijing, Chen Bei dalam sidang media baru-baru ini berkata, kesemua daerah-daerah berdekatan yang telah diklasifikasikan sebagai zon risiko tinggi dan sederhana akan ditutup serta-merta.

“Rakyat akan dikuarantin di rumah serta perlu mengambil ujian asid nukleik bagi mengesahkan jika mereka telah dijangkiti,

“Tidak ada pelawat yang dibenarkan masuk ke kawasan ini,”ujar Chen Bei lagi.

Laporan awal pihak berkuasa mengesyaki bahawa ia berpunca dari ikan salmon yang diimport dari Eropah. Oleh itu, China telah mengambil tindakan menyekat import ikan salmon dari negara terbabit.

Namun, ujian yang dilakukan terhadap ikan tersebut adalah negatif.

Related Articles

Leave a Reply