Home Semasa Op Benteng: 10 warga asing ditahan di sekatan jalan raya

Op Benteng: 10 warga asing ditahan di sekatan jalan raya

by Fatini Hanis Norzali

PUTRAJAYA, 17 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah menahan 6 warganegara asing dan 4 lagi pada hari sebelumnya (Isnin) lalu di sekatan jalan raya dalam Op Benteng atas pelbagai kesalahan imigresen.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam PDRM telah membuat 68 sekatan jalan raya di seluruh negara berbanding 66 sekatan pada hari sebelumnya.

“PDRM telah memeriksa sebanyak 40,880 kenderaan bagi mengekang (Pendatang Tanpa Izin) PATI terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata Op Benteng akan terus memperketatkan kawalan di sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

“Bermula dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 850 PATI dan 153 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus,

“Turut ditahan 12 individu yang disyaki penyeludup serta 18 buah kapal,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,”ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply