Home SemasaGlobal Wabak 2019-nCoV ragut 1,017 nyawa kini dikenali sebagai COVID-19

Wabak 2019-nCoV ragut 1,017 nyawa kini dikenali sebagai COVID-19

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Badan Kesihatan Dunia (WHO) semalam telah memberikan nama baharu kepada wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV) iaitu COVID-19.

Nama baharu untuk virus diumumkan oleh Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada akaun Twitter rasminya.

Menurut beliau, pemberian nama baharu tersebut adalah bagi menggelakkan sebarang penggunaan sebarang nama yang boleh memboleh menyebabkan kekeliruan dan stigma negatif kepada sesebuah negara.

“Pemberian nama adalah bertepatan dengan garis panduan yang tidak membenarkan penggunaan nama merujuk kepada tempat, haiwan, individu atau kumpulan sesuatu masyarakat,

“Penggunaan nama baharu ni sekaligus menggelakkan sebarang penggunaan nama lain yang boleh menyebabkan kekeliruan serta stigma negatif. Selain itu, ini akan menjadi format yang digunakan pada mana-mana insiden penularan wabak koronavirus baharu di masa hadapan,” jelas Tedros.

Tedros turut menjelaskan, COVID-19 adalah singkatan kepada corona (CO), virus (VI), disease (D) dan angka 19 mewakili tahun penemuan virus itu, 2019.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan wabak COVID-19 kini telah membunuh seramai 1017 orang di China dan satu kematian di Filipina.

COVID-19 sebelum ini diberikan pelbagai nama termasuk virus Wuhan berikutan penularan wabak itu bermula dari sebuah bandar di wilayah Hubei, China. Jangkitan virus ini mula dikesan pada awal Disember 2019 dan telah menular ke 24 buah negara.

Krisis COVID-19 telah menyebabkan China terpaksa menutup wilayah Hubei pada 23 Januari 2020 dan bandar Wenzhou di wilayah pesisir negara itu, Zhejiang.

 

Related Articles

Leave a Reply