Home SemasaGlobal Ancaman COVID-19 lebih merbahaya dari pengganas

Ancaman COVID-19 lebih merbahaya dari pengganas

by M.Daim

BEIJING, 12 Feb – Ancaman wabak virus disifatkan sebagai lebih merbahaya daripada mana-mana tindakan pengganas.

Ketua Pengarah Badan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan dunia perlu melihat ancaman wabak COVID-19 sebagai musuh nombor satu global.

“Secara jujurnya, virus lebih berbahaya dan mampu untuk memberikan kesan negatif kepada politik, ekonomi dan sosial jika dibandingkan dengan mana-mana tindakan serangan pengganas,” kata Tedros.

Beliau turut menyatakan COVID-19 merupakan virus yang merbahaya dan memberikan ancaman besar kepada dunia.

“Jika dunia tidak melihat virus ini sebagai satu ancaman, ini adalah satu kesilapan dan mereka tidak akan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku,” tegas Tedros.

Beliau sebelum ini menyatakan, vaksin pertama COVID-19 sedang dihasilkan dan dijangka akan siap dalam masa 18 bulan.

COVID-19, yang merupakan nama rasmi bagi wabak 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) telah meragut 1018 nyawa di seluruh dunia. Wabak yang boleh membawa maut ini telah merebak ke 24 buah negara dunia.

Mula dikesan di Wuhan pada Disember 2019, COVID-19 telah menyebabkan kerajaan China menutup wilayah Hubei dan sebuah bandar pesisir di negara kuasa besar Asia itu. Selain itu, COVID-19 telah menyebabkan beberapa buah negara telah bertindak menghalang kemasukan pelawat dari China terutamanya dari wilayah yang terjejas teruk oleh COVID-19.

Related Articles

Leave a Reply