Home GlobalHenti penularan wabak koronavirus jadi keutamaan

Henti penularan wabak koronavirus jadi keutamaan

by M.Daim
A+A-
Reset

BEIJING, 29 Jan – Pengarah Badan Kesihatan Dunia (World Health Organisation), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus telah mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping di Beijing, semalam bagi membincangkan isu penularan wabak novel koronavirus (2019-nCoV).

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mempertingkatkan kerjasama bagi mengekang penularan wabak itu di peringkat global.

“Menghentikan penularan wabak 2019-nCoV di China dan global adalah menjadi keutamaan pihak WHO,

“Kami amat berterima kasih dengan China kerana begitu komited dan telus dengan berkongsikan data serta genetik virus

“WHO akan terus berkerjasama rapat dengan China bagi memahami dan seterusnya mengambil langkah untuk mengurangkan penularan wabak ini,” kata Tedros dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan itu.

Sehingga pada 28 Januari, WHO mengesahkan 2019-nCoV telah menjangkiti seramai 4500 orang di peringkat global dengan China mencatatkan jumlah kes terbanyak.

Pada masa yang sama, WHO menyatakan punca sebenar penyakit itu dan sejauh mana wabak itu menular di China masih tidak ketahui.

“Walaupun pengetahuan mengenai 2019-nCoV pada ketika ini masih terhad, kebanyakan kes yang berlaku adalah berada di tahap lemah dan 20% kes melibatkan sakit tenat,” jelas kenyataan itu lagi.

Related Articles

Leave a Reply