Home Semasa AWAS: Mahfuz dan Lim Guan Eng berani ke nak bantah?

AWAS: Mahfuz dan Lim Guan Eng berani ke nak bantah?

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 3 Feb –  Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Johan Azam Mohd Yasin hari ini mempersoalkan pendirian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar dalam isu Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Beliau mengulas berita penambahan 11 kamera AES di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Penambahan tersebut dijangka menelan kos sebanyak RM 200 ribu.

“Saya dan rakyat Johor masih ternanti-nanti apa pendirian Mahfuz yang kini sudah bergelar Timbalan Menteri Sumber Manusia berhubung isu berkenaan. Kami mahu juga melihat beliau melakukan demonstrasi dan menyeru rakyat agar tidak membayar saman AWAS ini,” kata Johan dalam satu kenyataan beliau yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut Johan, penambahan AES yang kini dikenali sebagai AWAS adalah satu tindakan yang tidak boleh terima kerana Mahfuz dan Guan Eng terlebih dahulu lantang membantah perlaksanaan AES semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Hari ini, setelah Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, perjuangan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu untuk melihat AES dimansuhkan nampaknya tidak menjadi kenyataan dan hanya cerita palsu mereka sahaja,

“Sebaliknya, sistem tersebut dikekalkan malah ditambah lagi kamera AES di Lebuh Raya Utara Selatan dengan kos RM200,000 setiap kamera iaitu lebih mahal daripada zaman kerajaan terdahulu iaitu RM170,000,” jelas Johan di akaun media sosial kendalian beliau.

Beliau menambah, Menteri Kewangan sepatutnya menentang keputusan Anthony Loke kerana mencabar keputusan Guan Eng.

Selain daripada itu, Johan turut mencabar Mahfuz untuk membantah penambahan sistem AWAS.

“Adakah kali ini beliau berani bertindak demikian? Ataupun hanya membisu sahaja dan tidak mempedulikan rakyat lagi setelah diangkat menjadi Timbalan Menteri,” kata Johan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply